Negara boneka

Negara boneka ialah sebuah negara yang merdeka dan diakui kedaulatannya secara rasmi namun pemerintahannya secara de facto berada di bawah kawalan negara luar yang lain seakan dikendalikan tali-tali boneka[1] (pemerintah boneka atau kerajaan boneka). Kebergantungan ini sering dibuat pemerintah negara lain sebagai dalang demi melawan negara saingannya atas sebab tertentu, seperti aspek ekonomi atau kuasa politik[2] (contohnya: antara Korea Selatan yang dahulunya didorong pihak Amerika Syarikat dan Korea Utara yang didorong Kesatuan Soviet).Pemerintahan negara boneka biasanya sangat bergantung kepada negara dalangnya terutama dalam hal-hal politik, ekonomi, ketenteraan dan hubungan diplomatik luar negara; lalu menyebabkan pemerintahan seperti ini biasanya tidak mempunyai pengiktirafan secukupnya di dalam negeri mahupun di medan antarabangsa.